Tuesday

Mencari Tuah di dalam Diri Anda ….Episod 3

Mempunyai Ramai Kawan

Selalunya manusia yang amat bertuah mempunyai ramai kawan dan kenalan. Dr. Stephen Barret, seorang Pakar Psikatri dari Pennsylavania, mendapati bahawa bukan sahaja orang yang bertuah cenderung untuk memulakan perhubungan persahabatan tetapi mereka juga mempunyai daya tarikan yang membuatkan orang lain mahu bersahabat dengan mereka, Barret menggelarkan ini “RUANG KOMUNIKASI”. Dia percaya air muka, kedudukan tubuh, nada suara, pemilihan perkataan dan gerakan mata menjadi sejenis ruang perhubungan yang jelas bagi orang lain.“ Kita sering mengetahui secara naluri bahawa sesorang itu suka pada kita atau tidak”, tambah beliau. “Kita mungkin bertemu dengan orang asing dan mengetahui dalam beberapa saat sahaja samada dia mahu bergaul dengan lebih lama lagi dengan kita. Orang-orang yang bertuah membuat perhubungan menerusi tanda-tanda yang menarik dan menawan”.

Manakala O’William Battalia seorang eksekutif perjawatan telah menganalisa keadaan yang membuat dia memilih calun-calun kerja yang berjaya. Kebanyakan dari mereka adalah melalui rangkaian persahabatan. “Orang yang bertuah”, kata Battalia, “amat mesra”. Mereka cuba sedaya upaya untuk berbaik-baik dengan orang lain. Mereka bertegur sapa dengan orang yang mereka tidak kenali. Mereka selalu melibatkan diri, selalu suka makan dan bertegur sapa. Kalau mereka duduk di sebelah orang lain, mereka akan memulakan perbualan. Mereka mengenali namanya, bertanya khabar anaknya dan ke mana dia pergi bercuti.

KIRK DOUGLAS, pelakun terkemuka Hollywood umpamanya mendapat peluang yang baik yang pertama melalui perkenalan dengan pelakun tidak terkenal. Pelakun itu sahajalah yang dikenali oleh Douglas ketika itu. Namun seterusnya beliau berkenalan dengan lebih ramai orang, dan menambahkan lagi peluang keemasannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home