Tuesday

Mencari Tuah di dalam Diri Anda ….Episod 4

Kurangkan Kerugian Anda

Malang memang sukar diramal tetapi orang yang bertuah membuang malang sebelum malang itu menjadi-jadi. Ini seolah-olah begitu mudah bunyinya, tetapi ramai orang gagal berbuat demikian, lebih-lebih lagi mereka yang kurang bertuah. Anda boleh saja berhenti dari satu-satu projek pada peringkat awal sesuatu projek dengan sedikit kerugian sahaja atau langsung tidak rugi, tetapi selepas itu keadaan menjadi teruk dan anda akan terperangkap, mungkin buat selama-lamanya. Orang yang bertuah belajar daripada kesilapannya, dan sentiasa menjadi lebih pakar dan arif selepas mengalami sesuatu kesilapan atau malang. Istilah pisang berbuah dua kali tidak wujud di dalam hidup orang bertuah.

Seorang pengusaha bank dan jutawan telah merumuskan hal ini begini; " Kalau anda kalah dalam permainan tarik tali dengan seekor harimau, lepaskan tali itu sebelum ia membaham tangan anda. Anda mudah saja membeli seratus tali yang lain."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home