Friday

Mengapa perlu beri "PERCUMA" ?

Tulisan saya kali ini akan membincangkan bagaimana anda dapat menyelam sambil minum air, maksudnya sambil memberi produk atau servis anda secara percuma namun anda boleh mendapatkan pendapatan.

Kebanyakkan halaman web kalau anda perhatikan, sering menawarkan barang-barang yang percuma, atau bahasa popular internetnya "freebies". Ada yang memberi e-mail percuma, web hosting percuma, ebook, artikel dan sebagainya. Ya memang Internet telah mengubah paradigma ekonomi baru dari "retail-based economy" menjadi "attention grabbing economy".

Tujuan utamanya ialah menarik fokus pelanggan dan mendapatkan perhatian dari prospek. Setiap penjualan berasal dari perhatian pelanggan berpotensi anda.

Lebih besar anda mendapatkan perhatian mereka, maka anda lebih besarlah peluang anda dapat menjual apa saja kepada mereka.

Para pemasar menyebut konsep memberikan produk/servis secara percuma sebagai "loss leader" ertinya, anda hilang wang di awal namun anda membeli perhatian pelanggan akhirnya.

Secara psikologi orang memang lebih suka diberi atau mendapatkan hal-hal yang percuma. PERCUMA memang adalah konsep yang hebat.

Jika anda mendapat sesuatu yang percuma, pasti anda akan menghebohkan ke teman-teman, disebut juga "buah mulut". Tanpa ini, anda tidak akan pernah dapat memiliki peluang untuk berhadapan dengan jenis pelanggan baru ini.

Pada masa anda memberi secara percuma, hasil yang terus adalah meningkatnya imej positif dan database pengunjung anda. Anggap pelanggan anda adalah pembeli seumur hidup. Misalnya kalau anda menjual supplemen penurun berat badan, beri peluang mereka mencubai dulu, setelah itu mereka akan membeli setiap bulan dari anda, kerana merasa tidak ditipu. Konsep berikutnya adalah "cross selling", ertinya, setelah pelanggan anda percaya, anda boleh menawarkan produk lain atau perkhidmatan lain.

Secara psikologi juga kebanyakan orang ingin membeli produk dari orang yang telah mereka kenal bukan dari orang yang tidak dikenal. Kita dibentuk dari kebiasaan, dan tidak sempat untuk melihat-lihat apalagi kita sibuk.

Dengan menerapkan perkara ini, anda dapat meningkatkan penjualan anda dengan cara menawarkan produk lain kepada pelanggan yang suka benda-benda "percuma".

Dengan memiliki pelanggan jenis ini (yang telah anda berikan produknya secara percuma), anda memiliki satu sistem pengurusan pelanggan sehingga anda dapat mengelola informasi yang dapat diberikan kepada mereka. 'Leads' jenis ini merupakan aset yang berharga.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home