Tuesday

Mengapa Rujukan sangat berharga?

Apabila seseorang mengsyorkan rakan mereka untuk membeli produk anda , maka ianya adalah satu RUJUKAN. Rujukan sebenarnya bagaikan nadi kehidupan perniagaan anda. Dan apabila majoriti keuntungan perniagaan anda bersumber dari rujukan, maka perniagaan pasti berkembang dan bertahan lebih lama. Apa yang lebih penting , rujukan sangat berharga kerana dipercayai, berharga dan sangat menjimatkan kos.

Rujukan dipercayai kerana apabila seseorang menceritakan ttg perniagaan yang mereka suka, maka kredibiliti anda meningkat. Perniagaan anda lebih dipercayai. Bertentangan dgn promosi tradisional, ianya memakan masa. Prospek harus melihat iklan anda sebanyak lima, enam, atau tujuh kali sebelum berasa percaya untuk bertindak.

Rujukan juga sangat berharga. Apabila pelanggan yang dihasilkan oleh sahabat anda, biasanya membelanjakan lebih banyak dibanding orang yang belum pernah mendengar anda sebelumnya. Pengalaman saya sendiri membuktikan perkara ini.

Ringkasnya rujukan menjimatkan kos. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk mendapatkannya. Kos adalah minima dibandingkan apa yang anda belanjakan untuk promosi tradisional.

Kajian membuktikan bahwa rujukan sangat penting. Menurut Paul dan Sarah Edwards (dalam bukunya Getting Business to Come to Your), hingga 45% dari kebanyakan konsultan dan perniagaan perkhidmatan yang dipilih oleh pelanggan berdasarkan rekomendasi orang lain.

Dan dalam survey yang dilakukan oleh Dun & Bradstreet, mengatakan rujukan adalah salah satu dari dua kaedah pemasaran paling popular (kaedah yang lain adalah iklan).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home