Friday

Pemasaran Kunci Mengatasi Persaingan

Jika anda selalu menggunakan komputer, lambat laun, dengan sedikit tunjuk ajar melalui rakan, atau buku anda pasti tahu mendirikan sebuah halaman web siap dengan ayat-ayat menjual yang meyakinkan pelanggan anda. Persoalan sebenar-benarnya , bolehkah anda memasarkan halaman web anda tersebut ke seluruh pelusuk internet dan seterusnya menjual produk anda?

Ramai dari kita yang menganggap kerana kos memulakan perniagaan di Internet cukup rendah dan halaman web yang dipakai sebagai platform distribusi boleh diakses 24 jam dalam seminggu dan boleh terjangkau dari seluruh pelosok dunia, perniagaan di Internet bakal memberikan banyak keuntungan. Benarkah ?

Pada dasarnya memang harus kita akui bahwa secara relatif, kos yang dikeluarkan untuk memulai perniagaan di Internet cukup rendah. Hanya dengan membuat halaman web kita sudah boleh memasarkan barang atau perkhidmatan ke seluruh dunia. Namun di sisi lain, kos itu juga lah yang memancing ramai pemain lain untuk bergabung. Dalam istilah strategi, entry barrier-nya sangat rendah sehingga memancing banyak pesaing. Dengan banyaknya pesaing yang masuk, tekanan terhadap harga jual juga semakin besar.

Selain itu, sifatnya yang global membuat prospek dengan mudah beralih dari satu halaman web ke halaman web lainnya. Kewujudan halaman web pembanding harga seperti shopping.com atau Froogle dan halaman web yang memberikan informasi kepada pengguna seperti Epinions.com memberikan kemungkinan yang luas kepada calon pelanggan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Dalam perkara ini, kita boleh katakan bahwa meski perniagaan daripada Internet boleh menciptakan nilai yang besar, sebahagian nilai tersebut harus diagihkan kepada pelanggannya yang semakin cerdik dan kerana tekanan persaingan yang sengit.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home