Friday

Pemasaran Melalui Blog

Mereka yang biasa melayari internet tidak asing dengan istilah blog / blogging / blogger. Jika anda sedang membaca coretan ini, kemungkinan anda membacanya melalui blog sydinar.blogspot.com! (kecuali anda membaca versi ebook atau dari cetakan)

Coretan saya kali ini memperkatakan peranan blogging dalam konteks membangun jenama (branding) sekaligus juga sebagai platform untuk meningkatkan recognition, celebrity status dan thought leadership status.

Blog pada definasi am yang mudah hanya sebuah halaman web yang berisi maklumat mengikut turutan masa sama seperti diari atau jurnal. Catatan di dalam blog adalah asalnya merupakan serupa seperti diari , di mana seseorang menceritakan tentang perjalanan hidupaan seseorang. Namun kini ramai ahli perniagaan sedar akan kepentingan blog dan menjadikannya satu lagi alat pemasaran yang cekap. Blog merupakan salah satu bentuk website yang mudah dikuasai oleh beginners. Anda tidak perlu mengetahui kod-kod HTML, anda dapat membuat halaman web sendiri.

Mudah dan ringkasnya penyediaan blog bukan bererti mengecilkan nilai fungsinya. Jika ditinjau lebih jauh, banyak teknik yang perlu dipelajari untuk menjadikan sebuah Blog dapat dikenal oleh ramai orang. Bahkan menjadi media pemasaran yang hebat.

Faedah Blog tidak lagi terbatas pada kalangan individu semata. Beberapa perniagaan besar seperti Microsoft dan IBM telah menafaatkan Blog untuk kepentingan perniagaan mereka. perkara ini merupakan perkembangan positif dari fungsi Blog sekaligus membuktikan bahwa Blog sama pentingnya dengan sebuah website.

Antara kelebihan Blog sebagai alat pemasaran ialah, secara ringkasnya :-

1. Mudah ringkas, pantas
2. Dapat memberikan testimonial
3. Jaringan antara blogger
4. Mesra enjin pencari
5. Menambah kredibiliti anda

Saya akan terangkan denga lebih lanjut setiap satu dengan panjang lebar akan kelebihan tersebut di entry khas...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home