Friday

Pemasaran Offline anda Kini Tidak Lengkap Selagi…

Pemasaran dunia online dan offline saling perlu memerlukan. Pada zaman canggih ini, kaedah pemasaran offline / tradisional anda kini tidak sempurna selagi anda tidak melengkapkannya dengan pemasaran secara online.

Pemasaran online adalah sub dari dunia pemasaran secara umum, dan bukan pengganti darinya namun PELENGKAP yang sangat besar dari segi coverage maupun dari segi kos.

Pakar pengurusan, Peter Drucker, berkata bahawa "media baru bukan pengganti namun memiliki tempatnya masing-masing" seperti halnya pejabat pos tidak akan mati hanya kerana adanya email, dengan memiliki pasaran dan fungsinya tersendiri. Maka, alangkah efektifnya bila pemasaran korporat anda mengimplementasikan seluruh "marketing mix", termasuk PEMASARAN ONLINE!
Pemasaran internet mempunyai cabang-cabang yang banyak.

Antara cabangnya adalah pemasaran menggunakan email, pemasaran referral yang dikenal juga sebagai viral marketing, pemasaran melalui enjin pencari dan direktori, pemasaran melalui pautan (link marketing), dan pemasaran jaringan affiliate.

Internet Marketing sepatutnya didefinisikan sebagai "...kombinasi dari prinsip pemasaran tradisional dan kaedah pemasaran interaktif yang diterapkan untuk memenuhi keperluan dari pelanggan" Banyak dari prinsip, teknik, dan taktik dari pemasaran online berakar dari strategi pemasaran tradisional namun dengan implementasi yang berbeza.

Dan itu semua harus disokong dengan teknik penulisan yang emosional dan hidup serta bersifat personal dan tidak bosan bila dibaca.

Kini fahamkah anda akan perbezaan pemasaran online daripada pemasaran konvensional ?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home