Tuesday

Pemikiran Lateral Berbanding Pemikiran Logik

Salah satu buku yang saya minat baca adalah buku karya Dr De Bono berkenaan "Lateral Thinking". Berfikir secara lateral adalah salah satu skil pemikiran kreatif dimana para pemikir lateral menjana idea-idea baru tanpa menilai kepentingan mereka. Terdapat banyak perbezaaan utama di antara pemikiran lateral dan pemikiran logik . Antaranya ialah :-

LATERAL

  • Idea yang banyak adalah penting
  • Melihat kepada sudut yang paling kurang dilihat oleh orang
  • Mencari cabaran
  • Proses pemikiran bergerak secara berbagai arah
  • Melihat seberapa banyak jalan penyelesaian yang boleh

    LOGIKAL
  • Berapa baikkah sesuatu idea itu?
  • Fokus kepada yang nyata
  • Berpandu kepada bukti
  • Bergerak secara turutan

Menggunakan penilaian untuk memilih dan menolak idea-idea


Pemikir-pemikir lateral adalah tidak dilahirkan semulajadi tetapi diasah. Pendekatan pemikiran ini boleh dipelajari tetapi perlu dilatih selalu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home