Friday

Perbezaaan Keinginan dan Keperluan Pelanggan (Siri 1)

Adalah amat penting semasa menjalankan penyelidikan pasaran anda yakin bahawa anda sedang menangani isu yang tepat. Pertama sekali anda perlu ketahui bahawa apa yang pelanggan ingin dan yang pelanggan perlukan biasanya adalah dua perkara yang amat berbeza. Pemahaman dan kesedaran terhadap perbezaan ini adalah kritikal apabila menjalankan penyelidikan pasaran.

Jika anda hendak berhibur selama dua jam, maka anda perlu pergi ke panggung wayang ( atau perlu membaca sebuah buku atau mendapatkan sebuah video)?

Bertanya apa yang orang hendak akan membawa kepada beberapa jenis jawapan yang berbeza-beza. Ramai orang ingin memiliki kereta Rolls-Royce atau sebuah Ferrari. Bagaimanapun, anda akan mengalami masalah jika anda cuba menggunakan maklumat ini untuk menentukan tahap permintaan sebenar perkara ini kerana kehendak mereka jauh mengatasi kemampuan kewangan mereka. Lagipun apakah keperluan sebenar mereka adalah untuk memiliki sejenis kaedah pengangkutan atau hanya sebagai simbol status ? Walaupun jika anda bertanya kepada mereka, apakah keperluan mereka, soalan ini mungkin tidak akan memberi anda apa-apa idea tentang bagaimana untuk menyediakan pengangkutan tersebut ataupun bagaimana mereka mahu pengangkutan itu disediakan.

Kemajuan Walkman Sony merupakan satu contoh yang baik berhubung aspek ini. Bertanyakan orang sama ada mereka mahukan ‘muzik semasa dalam perjalanan’ 20 tahun yang lalu, akan membuat mereka binggung. Tetapi bertanya sama ada mereka inginkan hiburan ketika berada dalam pengangkutan awam, di tepi pantai atau semasa berjogging mungkin akan menerima jawapan ‘ya’. Namun tanpa petunjuk-petunjuk tentang bagaimana hendak memenuhi keperluan ini mungkin alat ini tidak tercipta.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home