Friday

Perbezaaan Keinginan dan Keperluan Pelanggan (Siri 2)

Mengetahui perbezaan antara kehendak dan keperluan amat penting. Bagi kebanyakan pelanggan , keadaan ini tidak boleh dijelaskan dengan mudah. Oleh itu, anda mesti mengetahui perbezaannya dengan menstrukturkan soalan-soalan yang sewajarnya. Jawapan kepada soalan-soalan ini akan membolehkan anda memastikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda tawarkan memenuhi keperluan-keperluan para pelanggan anda.

Fuji Photo Film menjalankan penyelidikan terhadap pasaran kamera dan mendapati bahawa pelanggan-pelanggan jemu dengan produk yang baru, mahal dan sofistikated. Sebaliknya menghendaki kamera yang mudah untuk digunakan pada harga yang amat rendah. Ini membawa kepada pengenalan kamera pakai buang yang mudah yang amat berjaya.

Adalah mustahil bagi Fuji untuk mendapatkan maklumat ini jika syarikat tersebut tidak menjalankan pelbagai penyelidikan yang mendalam. Daripada menumpu kepada meluaskan bidang produknya yang sediada, Fuji memfokus pada sebab-sebab kenapa orang mahukan dan memerlukan kamera.

Oleh itu sebelum mengeluarkan produk / atau menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan anda , untuk setiapnya kenalpasti kenapa pelanggan-pelanggan anda mahu dan mengapa mereka perlu produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan anda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home