Wednesday

Perbezaan Halaman Web Mini dan Content

Halaman Web Mini : Teknik Ringkas dan Mudah Untuk Menjual

Halaman web pengusaha ‘home based’ berbeza dengan pengusaha halaman web korporat seperti amazon.com , yahoo.com dan seumpamanya. Sebenarnya anda tidak perlu laman web yang canggih dengan animasi yang terlalu sukar untuk terpapar di skrin komputer. Laman web yang canggih seperti itu menyukarkan pengunjung mendapatkan maklumat. Malahan anda juga tidak perlu mempunyai halaman yang mempunyai berpuluh-puluh mukasurat isi kandungan yang menceritakan pelbagai topik. Apa yang anda perlu ialah :-

Bina halaman web yang hanya mempunyai SATU mukasurat untuk
mempromosi dan menjual SATU produk sahaja!

Halaman web sebegini juga digelar halaman web mini.

Teknik paling mudah mendirikan halaman web menjual. Jika anda boleh menaip mengguna Microsoft Word maka anda boleh membina laman web sendiri. Apa yang perlu anda buat ialah selepas menaip sales letter anda anda Save As HTML dokumen anda tersebut dan secara automatik anda kini mempunyai satu halaman web!


Halaman Web Isi (Content) : Pusat Tumpuan Maklumat

Anda telah pun tahu halaman web mini adalah halaman web yang mempunyai tugas utama yang spesifik iaitu menjual.

Jenis halaman web kedua pula ialah halaman web isi (content). Halaman web content berbeza dengan halaman web mini, di mana ianya mempunyai maklumat yang komprehensif tentang seuatu perkara atau topik. Ianya mungkin mengandungiberpuluh-puluh mukasurat.

Matlamat utama halaman web isi bukanlah hendak menjual satu produk tersebut , tetapi bermatlamat untuk menarik orang ramai menjadikan halaman web tersebut sebagai sumber rujukan orang ramai dan seterusnya mendapat trafik tinggi orang ramai yang lebih tetap dan stabil. Setelah trafik tersebut menjadi tinggi dan stabil, anda boleh menjual ruang iklan di halaman web tersebut. Malahan anda juga boleh menjual sendiri mahupun pelbagai produk orang lain melalui sistem affiliate .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home