Friday

Perniagaan anda Perlukan Pemasaran Online!

Saya telah terbaca satu artikel daripada majalah IT terkenal Wired, yang mengatakan semakin banyak perniagaan akan di-online-kan, dan tidak akan ada perniagaan yang tidak online jika tidak ingin hancur (walau ini bukan jaminan jika anda tidak mengetahui kekuatan strategi pemasaran di dunia online). Ya anda harus tahu tentang "Pemasaran Internet". Banyak perniagaan termasuk di Malaysia sebenarnya mampu dan memiliki budget untuk melakukan itu, namun sayang sekali mereka tidak berkeupayaan untuk melakukannya, namun mereka rela berhabisan membelanjakan banyak wang dalam kaedah pemasaran tradisional.
Sekarang dengan meletusnya pertumbuhan internet, dunia kini menjadi pasaran "sekelompok pengguna" yang dapat dijumpai dengan mudah secara online. Ianya dikenali di dalam konsep pemasaran tradisional sebagai Market Segmentation yang bermaksud "...suatu kaedah untuk mengenali sekelompok pengguna, di dalam suatu pasaran yang lebih luas, yang memiliki ciri-ciri dan keperluan yang serupa." Untuk mengenalpasti segmen pasaran yang baru ini, anda mesti kenali dan mengimplementasi pelbagai macam strategi dan teknik baru sebagai tambahan dari strategi pemasaran konvensional.

Oleh itu, mempunyai halaman web hanya permulaan sahaja memulakan perniagaan di internet, langkah seterusnya ialah kemahiran memasarkannya secara offline…itulah yang membezakan antara usahawan pro dan amatur..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home