Tuesday

Pertanyaan : Senjata Risikan Usahawan…(Siri 1)

Kita seringkali mendengar pepatah yang berbunyi "Segan bertanya sesat jalan". Ianya adalah benar sama sekali, malahan di dalam kehidupan seorang usahawan , ianya boleh menjadi senjata mencungkil rahsia-rahsia mengenai pesaing-pesaing. Anda boleh bertanya kepada prospek, pelanggan tetap mahupun pesaing anda sendiri jika ada kesempatan.

Apa yang penting saya pelajari ialah, apabila kita bertanya, secara automatik orang lain akan merasakan diri mereka 'lebih gah' daripada kita dan melihat beliau sebagai sumber kepada kita.

Pengalaman saya berniaga di jalanan yang banyak berkomunikasi dengan para pelanggan secara bersemuka mengajar saya sesuatu yang tidak kurang pentingnya, iaitu, kemahiran bertanya dan mengemukakan soalan. Fungsi bertanya adalah untuk merangsang, mendorong dan memupuk komunikasi. Dengan bertanya kita dapat memulakan komunikasi, meneruskannya dan akhirnya mencapai matlamat kita.

Namun sebelum itu anda mestilah pertimbangkan perkara-perkara tersebut sebelum bertanya …
Bagaimana pertanyaan yang tepat
Bagaimana mengemukakan pertanyaan dalam bentuk yang betul
Bagaimana memilih saat yang tepat untuk betanya.
Bagaimana memilih orang yang tepat untuk ditanya.

Saya akan lanjutkan perkara ini pada siri selanjutnya…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home