Petua Membuatkan Orang Lain Merasa Dirinya Penting
Pengalaman saya semasa bersosial dengan rakan-rakan perniagaan , saya dapati apabila kita dapat membuatkan diri orang lain merasa penting mereka akan lebih mudah pula bekerjasama dengan saya samada dengan dalam hal-hal perniagaan mahupun peribadi. Untuk itu di sini saya berikan beberapa petua melalui pengalaman saya untuk dikongsi bersama….
- Bersifat prihatin dengan mereka. Ikuti topik perbualan mereka.
- Dengar apa yang mereka kata . Berikan perhatian yang penuh.
- Fokuskan kepada mereka , gunakan "anda" "awak" "kamu"
- Gunakan nama mereka semasa berbual.
- Hormati pandangan mereka walaupun anda mungkin tidak bersetuju.
- Lindungi pihak yang lemah
- Pandang mereka apabila mereka berkata . Bawakan badan ke hadapan.
- Puji mereka dengan ikhlas
- Tanyakan soalan untuk menunjukkan minat.
- Terimakasih kepada penglibatan mereka dan sumbangan
- Tumpukan perhatian kepada setiap orang di dalam kumpulan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home