Friday

Produk Syarikat Besar Juga Boleh Gagal

Sebenarnya syarikat-syarikat korporat besar juga boleh gagal. Lihat contoh di bawah …

Betamax and Philips 2000 (Eropah). Kelebihan teknologinya tidak dapat mewajarkan pembelian dua/lebih format video dan mereka tewas kepada VHS.

Ford Edsel (jenama kereta) (USA). Ford tersalah nilai pasaran dan dikatakan telah mengalami kerugian sebanyak US$350 juta-terutamanya daripada sektor pengiklanan produk tersebut sebagai sebuah kereta inovatif baru. Walaupun ini tidak benar dan dalam keghairahannya untuk memasarkannya, Ford tidak mementingkan kawalan kualiti, yang telah menyebabkan produk ini gagal dalam pasaran.

Saya pasti anda merasa asing mendengar akan nama ketiga-tiga model atau produk saya disebutkan di atas. Anda tidak bersalah kerana sememangnya produk tersebut gagal di dalam memasarkannya, jika tidak anda pasti biasa mendengarkannya!

Oleh itu bagaimanakah agar anda menghindari kegagalan sedemikian ? Anda perlukan Penyelidikan Pemasaran!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home