Friday

Promosi Berbayar Atau Percuma ?

Ada pelbagai macam cara promosi yang boleh anda lakukan di Internet ini, ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Setiap satu kita boleh mendapat hasil jualan yang berbeza-beza, dan ironinya tidak ada jaminan pasti bahwa promosi berbayar akan mendapatkan hasil yang lebih baik daripada yang percuma.

Pada awal saya menjalankan perniagaan di Internet terus terang saya hanya menggunakan platform promosi yang percuma, dan promosi percuma ini boleh mendatangkan sampai 400-500 pengunjung/ sehari ke halaman web saya. Setelah itu saya mencuba menggunakan platform promosi yang berbayar dan tentunya trafik/pengunjung yang datang tidak sebanyak hasil promosi yang percuma, tapi saya melihat ratio penjualannya memang tinggi sekali, memandangkan pengunjung yang datang adalah yang berkualiti/terfokus, dimana mereka memang sedang mencari jenis produk yang saya tawarkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home