Friday

Psikologi Pelanggan

Cuba anda tempatkan diri anda dan bayangkan bahwa diri anda adalah pengunjung halaman web anda. Ini bertujuan agar anda dapat menyelami tabiat psikologi mereka dan memudahkan memahami mereka. Kerana kenyataannya banyak pemilik halaman web lupa bahwa pengunjung di dunia maya juga sama seperti pengunjung kedai di dunia nyata. Mereka memiliki tabiat.

Mari cuba kita periksa apa yang kita ketahui mengenai tabiat pembeli:

Pertamanya, tarik perhatian mereka. Jika tidak mereka akan mengunjungi halaman web yang lain.
Mereka tidak akan berganjak jika terdapat sesuatu yang mereka minat di situ .Jika berminat maka mereka akan meluangkan masa pada minatnya sehingga timbul keinginan .
Keinginan ini adalah keinginan ke atas suatu produk atau servis atau apa saja yang ada di situ.
Keinginan ini akhirnya akan menghasilkan suatu tindakan, samada membeli atau berkunjung kembali ke halaman web anda pada suatu masa depan.

Jadi kesimpulannya proses kerja sebuah halaman web menjual adalah seperti berikut, tarik PERHATIAN, ciptakan MINAT, biarkan KEINGINAN pengunjung berkembang sampai melakukan TINDAKAN. Kesemua ini dikenali di dalam dunia pemasaran sebagai sistem AIDA (attention-interest-desire-action).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home