Friday

Rahsia Kejayaan EBAY, AMAZON, GOOGLE

Mahukah anda menggunakan satu rahsia yang membuatkan pesaing anda sukar menandingi perniagaan anda?

Baiklah, hari ini saya akan membicarakan salah satu rahsia yang tidak selalu dilihat dari mata kasar oleh usahawan-usahawan internet. Gunakan rahsia ini, perniagaan anda kelak akan sukar dikalahkan oleh pesaing anda. Rahsia inilah yang membuatkan Google, Amazon dan Google dapat bertahan lama.

Sebenarnya terdapat rahsia dan formula yang sama wujud di dalam kejayaan Ebay, Amazon dan Google . Apakah ia? Apakah kerana mereka menawarkan produk yang paling murah? Rasanya tidak. Sebagai contoh , listing fee di eBay bukannya murah di kalangan pesaingnya, dan harga buku di Amazon kadangkala lebih mahal dari harga pesaingnya seperti Barnes & Noble.

Apakah kerana mereka berjaya kerana menjadi yang perintis atau orang pertama? Rasanya tidak juga. Amazon.com bukanlah halaman web pertama yang menjual buku di internet. Google juga jelas bukan search engine yang pertama.

Jadi apakah jawapannya ? Banyak faktor boleh diberi atas kejayaan mereka. Namun salah satu yang sangat penting ialah melalui konsep network effect.

Network effect adalah konsep yang pertama kali diperkenalkan oleh Metcalfe. Melalui hukumnya yang dikenal dengan Metcalfe's Law, beliau mengatakan bahwa nilai suatu jaringan akan bertambah secara eksponensial dengan bertambahnya anggota di dalam jaringan.

Sebagai contoh, cuba lihat eBay. EBay memang merupakan yang pertama di bidangnya, namun menjadi pertama bukan faktor penting kejayaannya. EBay berjaya kerana berupaya menafaatkan momentum sebagai yang pertama untuk mendapatkan user sebanyak-banyaknya. Pada awalnya, ia menawarkan servisnya secara percuma. Namun setelah penggunanya mulai banyak, barulah eBay mulai menarik bayaran untuk listing fee. Ketika itu, beberapa pesaing mulai muncul malah menawarkan listing fee percuma. Untungnya buat eBay, ketika itu jumlah user halaman web-nya sudah mencapai jumlah yang ramai.

Malah semasa gergasi Yahoo! membuka Yahoo! Auctions dan menawarkan listing fee secara percuma juga, eBay tidak cepat terpengaruh. Beberapa pengguna eBay yang tergoda sedikit akan tawaran Yahoo! dan beralih ke sana akhirnya kembali ke pangkuan eBay kerana di sana pembeli tidak boleh berjumpa ramai penjual; dan yang penjual tidak boleh berjumpa ramai pembeli.

Itulah kehebatan network effect. Nilai dari jaringan eBay meletus sehingga walau eBay menaikkan listing fee-nya pun, tidak ramai berfikir dua kali untuk pindah ke tempat lain. Melalui network effect ini, eBay berjaya menciptakan nilai yang besar (eksponensial bila dibanding dengan jumlah penggunanya), dan sekaligus mampu mendapatkan sebahagian besar dari nilai tersebut.
Namun menariknya, Yahoo! yang belajar dari pengalaman tersebut berjaya 'membalas dendam' semasa masuk ke pasaran Jepun. Yahoo! masuk ke pasaran Jepun mendahului eBay dan itu lah pasaran satu-satunya dimana eBay kalah di dalam saingan dan akhirnya eBay memutuskan keluar dari Jepun.

Pentingnya network effect dalam industri online auction ini membuat eBay dan Yahoo! berusaha saling mendahului masuk ke pasaran regional lainnya walau awalnya mereka terpaksa rugi terlebih dahulu.
Network effect ini juga adalah faktor kejayaan Amazon.com dan Google, walau tidak sepenting di eBay. Amazon.com, seperti kita ketahui, menyediakan peluang para pembeli untuk memberikan review terhadap barang-barang yang sudah dibelinya. Review-review itu menjadi salah satu faktor penting para calon pembeli untuk memutuskan barang apa yang hendak dibelinya.

Kejayaan Amazon.com memikat para pembelinya memberikan review secara tidak langsung telah membentuk network effect tersendiri yang sukar dikejar para pesaingnya. Sesiapa yang ingin membaca review akan pergi ke Amazon.com, membuatkan sesiapa yang ingin menulis review akan menulis di Amazon.com kerana ramai pembacanya.

Faktor kejayaan Google mendapatkan iklan melalui program AdWords dan AdSense-nya juga adalah kerana network effect. Oleh kerana ramai pemilik halaman web yang telah menjadi sahabat Google (atau biasanya disebut affiliates) untuk menampilkan iklan, para pemasang iklan (advertisers) terpaksa juga beriklan melalui Google. Dan kerana banyak pengiklan di Google, lebih ramai lagi yang ingin menjadi affiliate Google sehingga tercipta virtous circle.

Contoh kejayaan network effect bukan saja berlaku untuk perniagaan sebesar eBay atau Google. Di peringkat yang lebih kecil halaman web seperti Craig's List berjaya menafaatkan efek ini untuk menjaring komuniti bandar San Francisco untuk saling memberikan informasi. Halaman web ini kemudian berkembang menawarkan khidmat ke bandar-bandar lain.

Walaupun network effect tidak boleh menjelaskan semua kisah kejayaan di Internet, perniagaan dot-com yang berjaya mendapatkan network effect pasti akan berjaya. Di dalam perniagaan konvensional, network effect ini juga boleh dipakai walau Internet menyediakan ruang dan tempat yang lebih sesuai untuk mendapatkan network effect. Salah satu contoh perniagaan konvensional yang berjaya melalui efek ini adalah Yellow Pages. Sesiapa yang ingin mencari maklumat penjual akan merujuk kepada Yellow Pages, dan penjual yang ingin menawarkan barang yang dijual terpaksa mengiklan di Yellow Pages kerana ramai pembeli memiliki Yellow Pages. Terdapat banyak direktori bercetak yang cuba membuat direktori bercetak seperti Yellow pages, namun gagal. Yang ada cuma mereka membuat direktori yang bersifat pengkhususan seperti Manufacturer Directory dan sebagainya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home