Friday

Rahsia Membuat Penyelidikan Pasaran

Biar saya beritahu anda apakah rahsia di dalam penyelidikan pemasaran. Rahsianya ialah ketahui keperluan-keperluan dan keinginan-keinginan pelanggan anda dan kemudian gunakan maklumat tersebut untuk menawarkan satu pakej untuk memenuhinya, insyallah, anda akan berjaya.

Biar saya berikan anda contoh antarabangsa, ekoran daripada memahami keperluan-keperluan pengguna telah membawa kepada Penubuhan Sock Shop di United Kingdom oleh Sophie Mirman. Beliau memahami perasaan hampa yang dialami oleh wanita-wanita yang membeli sarung kaki atau pakaian ketat tetapi jarang mendapat pilihan yang meluas dari kedai-kedai, atau kedai-kedai tersebut tidak terletak di tempat yang strategik, atau tidak dibuka pada waktu-waktu yang sesuai untuk wanita-wanita bekerja membeli-belah. Dengan menawarkan berbagai-bagai pilihan barangan untuk memenuhi keperluan wanita-wanita tersebut di lokasi-lokasi yang strategik ( misalnya di stesen kereta api ) dan dibuka ketika wanita-wanita bekerja boleh mengunjungi, beliau telah melancarkan satu perniagaan runcit yang berjaya pada tahun 1980-an.

Idea-idea yang sama juga digunakan oleh Tie Rack di Uk dan Knickerbox di USA, Victoria Secret, peruncit pakaian dalaman yang mewah dan eksotik, merupakan satu kejayaan hebat selepas menyedari bahawa rekacipta pakaian sedemikian telah mencipta pasaran yang baru.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home