Tuesday

“Rahsia” Mendapat Rujukkan Kepada Pelanggan Baru

Adalah mudah jika seseorang pelanggan merujukkan diri anda kepada seseorang yang lain yang berpotensi menjadi pelanggan baru anda. Terdapat 10 langkah bagaimana untuk mendapat rujukkan daripada seorang ;

1.Tanyakan dengan khusus kepada pelanggan tetap anda sesiapa yang mereka kenal sesuai menjadi pelanggan anda .

2.Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai diri bakal pelanggan tersebut.

3.Minta kebenaran daripada pelanggan sediada anda untuk menggunakan namanya.

4.Minta bantuan daripada pelanggan sediada untuk membuat temujanji dengan pelanggan baru .

5.Hubungi pelanggan baru anda seawal yang boleh.

6.Hubungi pelanggan sediada anda tentang hasil keputusan temujanji anda.

7.Bina satu rujukkan perikatan (mengandungi individu yang berkaitan dengan perniagaan anda)

8.Cari pelanggan baru anda melalui kaedah rujukan ini sama seperti anda mencari pelanggan melalui hubungan telefon atau temujanji.

9.Susun mengikut keutamaan pelanggan rujukkan ini ;

A untuk Utama (anda tahu mengenai pelanggan baru ini dengan mendalam dan pelanggan sediada memperkenalkan beliau untuk anda)
B untuk Sederhana (anda tahu serba sedikit mengenai diri pelanggan baru ini tetapi anda boleh menggunakan nama pelanggan sediada)
C untuk Lemah (anda tidak tahu langsung tentang pelanggan baru ini dan anda tidak boleh menggunakan nama pelanggan sediada untuk menghubunginya)

10. Dapat rujukkan dalaman (jabatan-jabatan lain, lokasi, divisyen, cawangan dan anak-anak syarikat)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home