Tuesday

Rangkaian Pelanggan Lama Membuahkan Pelanggan Baru

Salah satu elemen yang penting di dalam perniagaan ialah membuat rangkaian perhubungan sesama manusia. Lebih ramai orang yang anda kenal, maka lebih banyaklah kemungkinan orang yang anda boleh kenal. Lebih ramai orang yang anda kenal , lebih banyak kemungkinan anda boleh lakukan.

Jangan fikir bahawa kerjaya keusahawanan anda hanya bergantung kepada kekuatan dalam diri anda , daya intelek anda dan sumber yang anda ada. Sebenarnya ianya boleh dilipat gandakan apabila anda mempunyai rangkaian orang perseorangan. Setiap orang yang anda kenali akan memanjangkan lagi apa yang anda beritahu kepada mereka kepada orang yang lain.

Lagipun kejayaan jualan anda bergantung kepada pelanggan anda. Dan mencari pelanggan-pelanggan baru samalah seperti mencari emas. Seorang pendulang emas , yang bijak akan mencari lokasi yang berpotensi sebelum mendulang . Apabila menjumpai lokasi tersebut beliau akan mendulang dan barulah menjumpai emas disebalik lumpur-lumpur di atas dulangnya.

Hari ini seorang jurujual yang bijak akan mencari "emasnya" dengan menggunakan senarai nama-nama pelanggan yang ada. Mereka akan menyimpan rekod setiap individu yang mereka temui. Mereka akan membuat satu pengkalan data semua orang yang mereka temui di dalam kehidupan kerjaya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home