Tuesday

Salah Ke, Jika Kita Mengampu ?

Kita secara dasarnya tidak suka orang yang mengampu dan apatah lagi mengampu orang lain. Saya kerapkali lepak-lepak di bawah Semua House sekitar tahun 2000. Untuk makluman anda, foodcourt di basement Semua House adalah lubuk 'broker-broker' berborak-borak sepanjang hari semasa ketiadaan 'projek' . Broker ialah individu yang mencari kerja secara komisen daripada sebarang urusniaga, samada jualan tanah, mencari pemborong dan sebagainya.

Apa yang saya pelajari apabila bersama mereka ini, ialah mereka ini ramai 'contact' sana sini di dalam pelbagai perkara namun mereka sendiri tidak pula mempunyai produk yang benar-benar khusus untuk diniagakan. Apa yang menarik ialah mereka ini mempunyai kemahiran mengampu yang boleh dikatakan agak 'class'. Perbuatan mengampu adalah perbuatan yang pada pandangan umum adalah negatif. Perbuatan mengampu bertujuan supaya orang itu suka kepada kita, dan dengan cara itu kita dapat mempengaruhinya. Mengampu boleh dilakukan dengan cara berikut :

  1. Memuji-muji diri sendiri dalam perkara yang menyeronokkan hati dan perasaan orang itu. Umpamanya jika orang itu gila memancing, sedangkan anda cuma suka sedikit-sedikit, maka anda bercerita kepada mereka macamlah anda pun gila memancing juga.
  2. Memuji-muji keistimewaan yang ada pada orang itu lebih daripada sebenarnya. Umpamanya, dia memiliki rupa paras yang biasa sahaja, tetapi kita ampu beliau dengan memuji beliau tampan.
  3. Mengaku bahawa mereka berpegang pada pendapat, falsafah atau perjuangan yang sama dengan orang itu. Umpamanya jika beliau seorang yang berjuang untuk satu badan politik, mereka pun memberi gambaran seolah-olah mereka juga berjuang untuk badan politik tersebut.
  4. Sanggup memenuhi arahan atau permintaan orang itu,. Umpamanya semasa tolong membuka pintu kereta, memuji orang yang diampu depan rakan lain ataupun melakukan perbuatan yang di luar tugas-tugas sepatutnya jika beliau bekerja sepejabat. Ini adalah cara yang paling bawah sekaliā€¦.dalam istilah lain 'membodek'.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home