Wednesday

Selalulah Melihat Gambaran Keseluruhan…..(Siri 1)

Kisah 5 Orang Buta

Pernahkah anda mendengar kisah rakyat India berkenaan teladan 5 orang buta yang cuba memberi gambaran seekor gajah ? Kisahnya begini, 5 orang buta telah dibawa ke seekor gajah yang besar, dan setiap seorang memegang salah satuanggota gajah tersebuat . ada yang memegang teinga gajah, ada yang memegang badan gajah, ada yang memegang ekor gajah, ada yang memegang belalai gajah, ada yang memegang kaki gajah , ada yang memegang ekor gajah…

Orang buta pertama yang memegang badan gajah akan berkata "Gajah ini seperrti dinding luas yang berpermukaan kasar…"

Orang buta kedua yang memegang telinga gajah akan berkata, "Awak salah, sahabat…. Gajah ini seperti kipas besar yang mengibas-ngibas"

Orang buta ketiga yang memengan ekor gajah akan berkata, "Maafkan saya, awak juga salah, sahabat…. Gajah ini seperti seutas tali yang berbulu dan agak panjang"

Orang buta keempat yang memegang belalai gajah akan berkata , "Tidak, sahabatku… Gajah ini seperti seekor ular sawa yang berkulit agak kasar "

Orang buta kelima yang memegang kaki gajah akan berkata, "Awak semua silap…Gajah ini hanyalah seperti sebatang pokok yang tidak berdahan."

bersambung…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home