Wednesday

Selalulah Melihat Gambaran Keseluruhan…..(Siri 2)

Selalulah Melihat Gambaran Keseluruhan…..(Siri 1)
Perniagaan di internet…melihat gambaran keseluruhan

Sebagaimana kisah rakyat 5 orang buta yang masing-masing mempunyai definasi mengenai perniagaan internet , begitu jugalah definasi dengan perniagaan internet…

Ada orng berkata internet hanya tempat berdagang syarikat-syarikat bermodal besar…Ada orang berkata…perniagaan internet adalah skim cepat kaya. Ada orang berkata perniagaan internet adalah program-program 'goyang kaki' seperti adsense, dropship dan affiliate. Ada orang berkata perniagaan internet ini seperti program MLM versi maya…Ada orang berkata perniagaan internet ini hanya tempat lepak-lepak seperti berchatting…Ada orang berkata internet hanya tempat untuk mengiklan sahaja…Ada orang berkata internet hanya sekadar email sahaja…
Dan berbagai-bagai lagi….

Oleh itu apakah jawapan yang sebenarnya ?

Sebenarnya kesemua jawapan di atas adalah benar. Kesemua perkara-perkara di atas berlaku di dalam internet masa kini. Anda hanya salah jika anda hanya memilih satu sahaja daripada banyak jawapan di atas. Internet diumpamakan sebagai seekor gajah yang besar. Anda mesti melihatnya dari sudut keseluruhan, jika tidak fikiran anda akan menjadi sempit dan akhirnya skop untuk anda melakukan perniagaan menjadi sempit juga.

Namun demikian setelah anda melihatnya secara keseluruhan, tidak bermakna anda perlu membuat kesemuanya. Rahsianya ialah anda memfokuskan kepada satu aspek khusus di dalam gambaran keseluruhan tersebut. Ini akan saya terangkan pada siri yang selanjutnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home