Tuesday

Sentiasa Berjaga-jaga Menghadapi Masalah

Manusia yang bertuah bolehlah dianggap sebagai mereka yang disayangi oleh nasib-nasib, tetapi satu dari sebab yang lebih penting ialah kerana merasakan tidak pernah menganggap mereka orang terpilih. Mereka tahu bahawa nasib sering berubah-ubah. Penggunaan rasa pesimis oleh mereka yang bertuah boleh diterangkan berdasarkan Hukum Murphy; "If something can go wrong, it will.". Jangan sekali-kali menganggap diri anda anak emas yang sentiasa bertuah, jangan sekali-kali alpa.

Ini diterangkan dalam satu kajian mengenai kemalangan jalan raya di kalangan pemandu bas di Afrika Selatan, merumuskan bahawa pemandu yang merbahaya yang banyak terlibat dalam kemalangan adalah mereka yang mempunyai sifat peribadi yang terlalu optimis, mereka terlalu yakin terhadap kemahiran mereka, terlalu yakin kepada kebolehan dan kebijaksanaan pemandu lain dan juga kepada nasib. Namun tetap berlaku kemalangan dikalangan mereka yang cekap ini, kerana "if something can go wrong, it will."

Oleh itu anda ingatlah, setiap kali anda rasa bertuah, panjatkanlah kesyukuran serta merta kepada Allah SWT kerana janji Allah SWT ialah setiap kali anda bersyukur nescaya rezeki anda akan bertambah-tambah. Firman Allah SWT ,

"Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’." (Q.s. Ibrahim: 7)

..dan ingat, jika anda merasakan bahawa rezeki telah sampai kepada anda, jangan pula ditolak, ianya seakan-akan anda sombong pula dengan rezeki yang telah anda pinta selama ini….Allah SWT murka orang sebegini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home