Tuesday

Seperti yang kita bincangkan pada siri lalu, pertanyaan dapat menjadi senjata di dalam usaha anda untuk mencungkil maklumat asas. Di siri ini pula saya akan dedahkan teknik-teknik bertanya untuk mencapai beberapa matlamat berikut :-
Pertanyaan-pertanyaan dibawah ini di soal kepada pelanggan untuk anda menyelidiki latar belakang pesaing anda…

Bertanya Untuk Mendapatkan Maklumat Asas
" Berapa lama produk itu boleh disiapkan?"
" Bilakah produk itu hendak sampai? "
" Siapakah yang mengedar produk ini? "
" Dimana encik membelinya lebih murah?"

Bertanya Untuk Mendapatkan Kefahaman Yang Mendalam
" Apa pendapat encik berkenaan produk X itu? "
" Bolehkah awak terangkan lebih lanjut mengapa encik tidak suka dengan kaedah mereka?"
" Boleh saya tahu apa maksud sebenar encik mengenai kualiti buruk tersebut?"
" Dapatkah encik terangkan mengapa encik anggap iklan mereka mengelirukan?"
Selama ini mungkin anda meneliti kelemahan dan kekuatan pesaing anda dari kacamata anda sendri, tetapi jika anda bertanya terus kepada pelanggan / pengguna, anda akan terperanjat mendapat jawapan yang jauh berbeza daripada yang anda sangka selama ini! Bersambung….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home