Wednesday

Shhhhh… Pakar IT Anda Bukannya Tahu Semua Perkara!

Anda kemungkinan berfikir seorang yang berkelulusan ijazah Sains Komputer tahu segala-galanya tentang internet marketing ? Ini tidak benar sama sekali . Ianya umpama bertanya kepada petani sawah padi bagaimana memilih beras untuk membuka dan memasarkan restoren nasi beriani gam… Maksudnya seseorang yang arif dengan susur galur sesuatu tidaklah semestinya arif di dalam bidang memasarkannya pula.

Oleh itu siapakah yang benar-benar tahu mengenai internet marketing ini ?

Orang IT? Webmaster? Orang marketingkah? Era internet mendatangkan paradigma baru sekaligus cabaran baru bagi para peniaga dan pemasar. anda harus pantas belajar memaksimakan kekuatan teknologi khususnya internet, untuk membangun brand yang kuat.

Namun hakikatnya adalah bahawa para pemasar menyerahkan segala sesuatu yang berkaitan dengan halaman web kepada orang-orang IT. Tentu saja sasar tidak akan sesuai dengan yang diharapkan. Jika orang IT tahu cara-cara perniagaan dan pemasaran, mereka sudah tentu menjadi seorang usahawan. Bukan hanya kerana mereka mampu membuat halaman korporat yang 'gah' dan menarik, maka secara automatik mereka boleh menjual produk perniagaan melalui internet.

Jangankan menjual produk melalui internet, menjual produk secara konvensional saja mereka belum tentu berjaya. Jika tidak, pasti mereka tidak akan meminta pekerjaan kepada orang lain, bukan? Jadi orang-orang pemasaranlah yang harus bertanggung jawab dalam bekerjasama dengan visi dan misi mengapa harus membangun halaman korporat dan bagaimana strategi pemasaran dan promosinya, bukan orang-orang IT yang bertanggung jawab, Jabatan IT hanya bertanggung jawab secara operasional saja. Kerana itu di era sekarang ini, orang-orang perniagaan dan pemasaran harus mengetahui ruang lingkup strategi pemasaran internet (pemasaran online).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home