Tuesday

Si Dia yang didalam Diri Anda

"Aku ni tak ada bakat..mana boleh ", "Aku ni tak pandai…" "Aku ni tak kreatif.."Boleh ke aku buat benda ni….isshh tak boleh lah…"

Selalukah ada suara yang berbisik kepada diri anda seperti di atas ? Siapakah yang sebenar-benarnya membisikan kata-kata tersebut ? Itulah si dia…imej diri anda.

Imej diri adalah merupakan anggapan atau persepsi diri kita terhadap "jenis dan orang bagaimanakah diri kita ini". Faktor terpenting yang menpengaruhi harga diri ialah kepercayaan kendiri atau siapa yang kita fikirkan diri kita. Gambaran mental diri kita ini dikenali sebagai imej diri.

Ramai orang mempunyai imej diri yang songsang dimana tidak mencerminkan potensi sebenar mereka. Kita telah diajar menjadi negatif oleh orang lain. Kita telah menerima input negatif daripada orang lain dan menganggapnya sebagai sesuatu yang mutlak.Berdasarkan penyelidikan tingkah laku, sebanyak 77 peratus daripada pemikiran kita adalah negatif atau tidak produktif. Kebanyakan kita memandang rendah diri berbanding dengan orang lain. Ini bermakna kita telah menjadi musuh buruk diri sendiri dengan memendam satu sistem kepercayaan negatif. Seterusnya pakar psikologi bersependapat mengatakan bahawa aset atau harta yang paling bernilai bagi manusia ialah imej dirinya. Imej diri manjadi menjadi kunci kejayaan kearah penghidupan yang lebih baik kerana segala tindakan, perasaan dan perlakuan kita dan kebolehan diri adalah seiring dengan imej diri yang telah terbentuk.

Penyelidikan menunjukkan bahawa personaliti kita ialah manifestasi zahir kepercayaan kendiri kita. Semua tindakan dan perasaan kita lazimnya sejajar dengan kepercayaan dominan kita. Kebanyakan daripada kepercayaan mengenai diri kita ini adalah sebenarnya terjadi tanpa kita sedari hasil daripada pengalaman-pengalaman kita pada masa yang lampau, kejayaan dan kegagalan, penghinaan dan kebanggaan kita serta juga reaksi orang lain terhadap kita terutama sekali semasa zaman kanak-kanak dahulu.

Bagaimana dengan anda ?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home