Siapakah Mereka Yang Kreatif dan Original Thinker?
J. S Dacey didalam bukunya Fundamental Of Creative Thinking, menyenaraikan sifat-sifat individu yang sangat kreatif :
- Mereka lebih sensitif pada kewujudan masalah-masalah di sekeliling mereka.
- Mereka mudah mengalami gangguan-gangguan emosi tetapi mereka juga dapat mengawal gangguan tersebut.
- Mereka dapat berfikir secara analitikal dan intuitif dengan serentak.
- Mereka dapat berfikir secara konvergen, iaitu menyelesaikan masalah-masalah yang hanya ada satu jawapan yang betul, dan mereka juga dapat berfikir secara divergen, iaitu menyelesaikan masalah-masalah yang mempunyai banyak jawapan yang betul.
- Mereka menunjukkan sikap tabah dan tekun yang amat tinggi.
- Mereka mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada biasa tetapi tidak termasuk dalam golongan genius.
- Mereka lebih bersikap terbuka kepada perkara-perkara dan pengalaman-pengalaman baru serta mudah menerima idea-idea baru.
- Mereka berasa bertanggungjawap ke atas apa-apa yang berlaku pada diri mereka, iaitu mereka tidak mudah menyalahkan pihak lain.
- Mereka suka kepada keseronokan dan suka bermain-main dengan pelbagai idea.
Semasa kanak-kanak mereka suka bersendirian dan melakukan pelbagai aktiviti dengan bersendiri. - Mereka suka menyoal status quo, iaitu mereka tidak mudah menerima sahaja apa-apa yang mereka lihat.
- Mereka mempunyai pemikiran merdeka, iaitu mereka tidak berapa peduli tentang pendapat-pendapat orang lain.
- Mereka tidak takut untuk mengikut gerak hati sendiri dan sedia melayan emosi terpendam mereka.
- Mereka suka membuat rancangan sendiri, membuat keputusan sendiri, dan mereka dapat memandu pemikiran mereka sendiri.
- Mereka tidak suka bekerja dengan orang-orang lain, dan mereka suka menilai sendiri hasil kerja mereka, iaitu mereka tidak mementingkan penilaian orang lain. Oleh sebab itu mereka tidak suka meminta pendapat orang lain.
- Apabila mereka berhadapan dengan masalah yang kompleks dan sukar, mereka bersikap positif.
- Apabila mereka diberi peluang mengemukakan pendapat, mereka akan mengemukakan bermacam-macam idea. Kebanyakan idea-idea mereka menjadi bahan gelak ketawa orang lain.
- Apabila mereka dikritik mereka berkeras mempertahankan idea-idea mereka.
Dalam keadaan-keadaan yang terkeluar daripada kebiasaan, mereka akan menunjukkan ciri-ciri panjang akal, iaitu mereka tidak cepat mati akal. - Sewaktu di sekolah, biasanya mereka bukan pelajar yang paling cemerlang.
- Mereka pandai menggunakan pelbagai perkataan dengan cara-cara baru dan imaginatif.
- Mereka mampu menghasilkan idea-idea yang original, iaitu berlainan daripada idea-idea orang lain.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home