Wednesday

Soalan Cepumas : Nak Jual Apa ?

Kemungkinan ini adalah soalan yang paling asas tetapi soalan inilah yang paling selalu ditanya oleh newbies. Oleh itu apakah yang boleh dijual di internet ? Jawapannya,

Semuabentuk perniagaan di dunia nyata boleh dipasarkan melalui internet. Malahan jika perniagaan anda berasaskan informasidan boleh dijadikan dalam bentuk fail seperti doc, pdf, jpeg, , html dan sebagainya, anda boleh terus menghantar produk anda melalui talian . Seterusnya melalui internet, jika anda tidak mempunyai produk , anda juga boleh berniaga secara menjual produk orang lain dengan mendapat komisen.

Praktikal atau tidak ianya dijual hanya selepas diambil kira kos penghantaran (jika terpaksa dihantar ke pelanggan, namun tidak perlu jika pelanggan sendiri datang mengambil produk).

Bagaimana dengan perkhidmatan ?

Jika anda membuka bengkel kereta dan mebaiki kereta , apakah pula kaitannya dengan internet ? takkan pula anda membaiki kereta pelanggan di internet ?
Percaya atau tidak anda masih boleh menggunakan internet sebagai saluran tambahan anda di dalam perniagaan bengkel anda.

Salah satu caranya ialah anda mencipta satu produk berinformasi berkaitan dengan kemahiran membaiki kereta anda dan anda menjual kemahiran anda dalam bentuk CD kaedah membaiki satu aspek membaiki kereta seperti cara-cara menyelenggara kereta cara mudah. Ini akan diterangkan lebih lanjut kelak.

Satu cara lain ialah menggunakannya sebagai saluran promosi untuk mendapatkan pelanggan baru, di mana anda boleh menawarkan bengkel anda sebagai pusat membaiki kereta berdiskaun kepada pelawat-pelawat internet.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home