Friday

Strategi Diskaun

Kalau berjalan-jalan di Kuala Lumpur (terutama ketika hujung tahun /musim perayaan) tidak sah jika tidak terpandangkan papantanda "SALE!" sana sini. Sana sini peniaga cuba membuat tawaran potongan harga menarik kepada pengguna. Strategi diskaun adalah strategi jualan yang paling klasik di dalam sesuatu perniagaan.

Prinsipnya strategi diskaun akan mengurangkan harga bagi produk untuk meningkatkan jualan.

Tapi tahukah anda strategi diskaun bukan sahaja dapat digunakan mengikut musim. Terdapat beberapa situasi di mana diskaun akan ditawarkan. Ianya meliputi ;

diskaun tunai – (pengurangan harga bagi produk),
diskaun musim – (pengurangan harga produk yang tertentu pada musim yang tertentu seperti musim perayaan, cuti sekolah dan lain-lain),
diskaun kuantiti – (pengurangan harga sekiranya pembelian adalah dalam kuantiti yang besar)
Diskaun fungsi – (pengurangan harga yang ditawarkan kepada ahli saluran seperti peruncit atau pemborong disebabkan melakukan beberapa fungsi seperti penjualan, penstoran, merekod dan promosi).

Oleh itu gunakan bentuk-bentuk diskaun di atas di dalam perniagaan anda jika berpeluang. Jangan jadikan perniagaan anda dikenali sebagai kedai harga mati!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home