Tuesday

Strategi Penetapan Harga (Siri 1)

Di dalam siri ini saya akan membincangkan serba sedikit tentang penetapan harga produk .Kita selalu berada di dalam dilemma samada hendak ‘jual pada harga murah’ atau samada hendak menawarkan produk kita sebagai satu jenama yang canggih di mana pengguna membayar harga premium atau harga tinggi untuk memilikinya. Terdapat banyak barang-barang berjenama murah yang kita sendiri tidak ingat namanya dan membezakannya dek kerana minda kita langsung tidak mengendahkan jenamanya manakala jenama-jenama mahal pula mudah pula minda kita kaitkannya , contoh barang mewah seperti jenama Cartier atau jam tangan Rolex atau kereta BMW .

Di dalam pemasaran perniagaan dunia realiti , 4 perkara (marketing mix) yang amat penting untuk sentiasa dipantau ialah produk /perkhidmatan yang anda tawarkan, lokasi perniagaan, promosi dan harga produk atau perkhidmatan secara konsisten demi memastikan produk atau perkhidmatan anda tetap menarik kepada pelangan-pelangan anda. Banyak jenama-jenama telah lenyap kerana mengabaikan empat faktor penting tersebut .

Apakah perbezaan antara seluar Jean yang anda beli dari sebuah pasaraya berbanding dengan sepasang jean ternama ?

Jawapannya ialah harga dan persepsi nilai wang ( yang mungkin mencerminkan kualiti, sama ada 'tanggapan sahaja' atau yang 'sebenar-benarnya' atau keinginan untuk dilihat dengan barangan tersebut., contohnya , Roll Royce biasanya dijadikan contoh kerana status sosial mewah yang dikaitkan dengannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home