Tuesday

Strategi Penetapan Harga (Siri 2)

Harga selalu dijadikan strategi untuk memikat pelanggan. Jika anda menggunakan strategi harga rendah daripada harga yang tinggi, pastikan harga tersebut menampung kos dan memberi margin keuntungan melainkan anda mempunyai strategi disebaliknya seperti strategi loss leader di mana keuntungan yang nipis bertujuan dapat memasuki pasaran dengan cepat sebelum anda menawarkan satu produk sebenar yang lain.

Di sini juga saya ingin berkongsi salah satu strategi yang hampir sama dengan strategi loss leader. Sebelum itu saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah anda terfikirkan kenapa harga printer bubblejet agak murah (ada yang RM99..jenama Lexmark tak silap saya) namun harga inknya pula agak mahal (kecuali refill yang tak ori).

Sebenarnya semua ini bersebab. Ini adalah yang dinamakan strategi harga produk captive.

Strategi ini juga dinyatakan sebagai harga dua peringkat dengan merujuk kepada pengeluaran produk yang harus digunakan bersama suatu produk utama seperti filem yang harus digunakan dengan kamera ataupun printer tertentu yang terpaksa menggunakan ink/toner yang tertentu.

Dengan demikian produk tersebut dirujuk sebagai produk captive dan harga diletakkan adalah lebih rendah disebabkan ia akan sentiasa dibeli berulang kali untuk digunakan bersama dengan produk utama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home