Tuesday

Strategi Penetapan Harga (Siri 3)

Pada pertengahan tahun 2004, harga surat akhbar Kosmo telah diturunkan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan. Walaupun ini mungkin aneh, sebenarnya rasional kerana keuntungan surat khabar lebih berpandukan pengiklanan daripada harga. Penurunan harga dijangka dapat meningkatkan jualan yang mungkin membawa kepada peningkatan pendapatan pengiklanan, yang berasaskan jumlah pembacanya.

Harga juga boleh digunakan sebagai satu objektif sampingan untuk memaksa pesaing-pesaing keluar dari pasaran dengan memulakan satu perang harga.

Dalam satu kes lain, industri rokok di USA mengalami perang harga sebegini pada tahun 1993/94 dengan penurunan harga Marlboro yang tidak diduga. Ini bercanggah dengan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh syarikat yang mengeluarkan ( Philip Morris ) dan menyebabkan kejatuhan 10 % dalam sehari (dikenali sebagai Jumaat Marlboro).

Bagaimanapun, keputusan ini diambil kerana Philip Morris sedar bahawa Marlboro, satu jenama yang baik dijual pada harga yang patut sedang mengalami penurunan jualan dan bersaing dengan jenama-jenama rokok yang lain yang lebih murah dan oleh itu, harus menurunkan harga untuk mempertahankan ( dan mungkin meningkatkan ) bahagian pasaran.

Namun tidak semestinya turun naik harga memberi kesan kepada pelanggan, maksud saya ianya mengikut jenama produk itu sendiri. Kenaikan sebanyak 5% harga kereta Ferrari mungkin tidak memberi apa-apa kesan terhadap jualan, tetapi kenaikan sebanyak 5% harga kereta keluarga dalam pasaran kereta yang amat kompetitif mungkin membawa padah yang teruk.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home