Friday

Strategi PenJenamaan (Branding)

"Pergi beli Colgate satu…." itulah kata-kata ibu saya selalu suruh pergi kedai semasa kecil apabila disuruh membeli ubat gigi.
"Kau ada Brylcreem tak ?" ujar kawan serumah saya , semasa saya duduk bujang.

Jika anda perhatikan daripada dialog di atas bagi setiap perniagaan berjaya dan maju, dikenal melalui jenama mereka. Jika perniagaan anda ingin berjaya dan tahan lama, anda juga harus 'menjual nama' sebaik mungkin kepada pelanggan. Perkara ini berlaku pada setiap orang, samada sebagai usahawan, sales atau marketing . Kita menjual nama kita dengan tujuan yang pelbagai misalnya meningkatkan penjualan, pendapatan, pengembangan kerjaya, untuk kenaikan pangkat, dll. Setiap orang selalu melakukan penjualan terhadap dirinya sendiri. Ada banyak cara untuk berjaya dalam penjualan, salah satunya melalui strategi jenama. Kita harus mempunyai jenama agar dapat dikenal dan diingat oleh orang lain. Dalam perkara ini nama kita adalah jenama yang akan dijual.

Nama Anda adalah Jenama Anda. Jika anda menjual suatu produk atau perkhidmatan kepada orang lain atau pelanggan, sebenarnya ada perkara lain yang turut terjual. Produk itu adalah nama baik anda, kualiti perkhidmatan, keramahan, keprihatinan, penampilan fizikal misalnya kecantikan, dll dalam diri anda. anda adalah produk dan jika ingin berjaya mestilah mempunyai jenama sendiri. Jenama itu adalah nama anda sendiri. Nama anda adalah jenama dan merupakan jaminan kualiti dan jaminan perkhidmatan. Jenama itu bernama Pepsi, jenama itu bernama Ali Cafe, jenama itu adalah nama anda sendiri. Suatu produk akan dicari dan dibeli orang jika mempunyai jenama yang kukuh.

Buatkan Diri Popular. Strategi jenama yang anda gunakan mempunyai landasan iaitu Brand Awareness atau Kesedaran Jenama – menunjukan kesanggupan seorang calon pembeli untuk mengenali atau mengingat kembali bahwa suatu jenama merupakan bahagian dari kategori produk tertentu.
Dalam perkara ini anda menginginkan agar setiap orang mengenal, mengingat dan mengetahui nama anda, siapa anda, apa kepakaran anda, apa pengkhususan anda, apa bidang anda, tahu bagaimana menghubungi anda. Anda juga harus membangun brand sendiri (build your own brand) sehingga orang mengetahui jelas siapa anda dan bahwa anda memang berbeza dengan orang lain dan bukannya jenama yang umum (generic).

Unikkan Diri. Untuk itu anda harus menjadi unik dan mempunyai perbezaan dengan orang lain. anda harus mempunyai positioning yang jelas dan berbeza dengan orang lain. Selain itu anda harus aktif mempromosikan diri, anda harus bersosialisasi, mesra pada semua orang, ikut suatu aktiviti baik skala kecil, maupun besar bergantung pada sasaran yang ingin dituju / target market anda.

Buat Jaringan. Jika ingin popular anda mestilah mempunyai banyak jaringan. Oleh itu aktiflah dalam kegiatan di lingkungan rakaniaga atau bidang yang berkaitan, dan juga aktif dalam mailing list. Dengan itu, anda menjadi semakin popular. Orang akan tahu siapa anda dan apa kepakaran anda. Kad nama adalah salah satu alat promosi yang baik. Terdapat banyak lagi cara agar diri anda dapat dikenal ramai orang (Menulis di media cetak, diwancara di radio/TV, di seminar, bergaul dalam suatu komuniti juga adalah platform anda untuk dikenal orang. )

First Impression, first in mind . Untuk membangun brand awareness, first imppresion adalah sangat penting untuk menanamkan kesan positif di fikiran orang mengenai diri anda. Pertemuan pertama yang baik umumnya membuat orang lebih ingat siapa anda. anda harus berusaha agar nama anda menjadi mendapat tempat pertama dalam fikiran pelanggan. Misalnya jika anda adalah seorang konsultan, anda akan menjadi orang yang pertama diingat dan akan dihubungi pelanggan untuk memperbaiki situasi perniagaan mereka. Jika anda adalah seorang pekerja pula, anda harus berusaha agar nama anda menjadi tempat pertama dalam fikiran orang atasan anda, jika ada peluang untuk kenaikan pangkat, maka nama andalah yang pertama akan terlintas dalam fikiran mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home