Tuesday

Sudahkah Blog Anda Dicalonkan Di dalam Buku "Best Of My Blog"?

Adakah blog anda mengandungi isi kandungan yang menarik dan menjadi favorite ramai pembaca ? Mengapa tidak dicalonkan ke dalam buku "MyBlog : Blog-blog Pilihan Terbaik Malaysia" ?

Sydinar bersama dengan seorang rakan di dalam proses menerbitkan sebuah buku kecil bertajuk "MyBlog : Blog-blog Pilihan Terbaik Malaysia" / "Best Of My Blog".

Buku kecil yang bersifat direktori mengandungi ulasan-ulasan (review) blog-blog terpilih yang dianggap bermutu dari segi isi kandungan maklumat dan populariti.

Buku ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat awam di luar sana yang masih kurang menyedari akan kewujudan blogesphere, iaitu komuniti maya baru yang semakin meningkat popular di seluruh dunia dan Malaysia amnnya. akan kepentingan dan manafaat komuniti blog di dalam dunia media masa kini.

Oleh itu Sydinar kini sedang dalam proses mengkompilasi dan menyorot (review) blog-blog yang menjadi favorite orang ramai.

Buku ini adalah bercetak, bukannya ebook. Buku ini adalah di dalam Bahasa Malaysia namun blog yang ditampilkan tidak kira samada ianya blog dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia , asalkan penulisnya warganegara Malaysia. Blog-blog akan dikategorikan mengikut kategori seperti sastera, hiburan, perniagaan, hobi, wanita, remaja dan pelbagai kategori lagi.



Kenapa Dibukukan ?

Sebenarnya anda boleh sahaja , mencari alamat blog-blog atas pelbagai tajuk melalui search engine ataupun direktori blog yang terdapat di internet. Ini sememangnya dicadangkan dan lebih efisien.

Projek ini hanyalah bersifat memartabatkan komuniti blog dan sebagai penghargaan menjadi perangsang kepada penulis-penulis blog agar menulis sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti internet.

Sydinar berpendapat penulis-penulis blog adalah individu yang unik kerana menulis tanpa harapkan bayaran mahupun nama.

Oleh itu , buku kecil ini diterbitkan untuk menyenaraikan blog-blog pilihan yang dirasakan mempunyai isi kandungan (contents) yang bermutu dan penuh berinformasi .
Bukanlah tujuan hendak mengganti search engine yang lebih update dan terkini dan percuma, tetapi buku ini sebagai saringan blog-blog yang benar-benar menjadi pilihan pembaca sahaja.

Jika anda mempunyai blog yang menarik mengapa tidak mencalonkan sebarang blog yang menarik untuk ditampilkan di dalam buku kecil ini.



Bagaimana Blog Anda Dicalonkan ?

Sydinar secara peribadi telah mengumpul berpuluh-puluh blog untuk disenaraikan atas pelbagai kategori di dalam buku ini.

Walaupun Sydinar bersifat neutral di dalam pemilihan blog yang akan ditampilkan, namun Sydinar merasakan keadaan boleh menjadi 'berat sebelah' atau 'bias' di dalam pemilihan sesuatu blog. Oleh itu adalah lebih telus jika penyenaraian sesuatu blog itu diserahkan separuhnya kepada pembaca-pembaca blog sendiri.


Syarat Pencalonan

Syarat utama untuk ditampilkan di dalam buku ini ialah cuma anda tidak boleh mencalonkan diri sendiri. Hanya orang lain sahaja boleh mencalonkan blog anda. Baca syarat-syarat di bawah.

Namun terpulang kepada anda jika anda meminta jasa baik pemilik blog lain atau pembaca blog anda untuk mencalonkan blog anda di dalam buku ini. Seterusnya mereka mestilah menulis sendiri di ruangan komen ini butiran pencalonan, bukannya anda.

Apa yang penting tiada sesiapa dibenarkan menulis di sini untuk mencalonkan diri sendiri. Jika ini berlaku, ianya dianggap tindakan self promotion.

Anda juga tidak boleh 'menyamar' sebagai dua orang individu untuk mencalonkan diri sendiri. Jika ini berlaku anda terpaksa saya 'banned'.



Kaedah Mencalon

Cara anda mencalonkan sebuah blog mudah sahaja, anda hanya perlu isikan alamat blog, kategori dan ulasan / deskripsi blog tersebut di ruang komen di bawah ini.

Contoh :

Katakan sydinar.blospot.com berminat dengan blog.smartusaha.com, saya akan mencalonkan blog smartusaha.com seperti di bawah


Blog : http://www.blog.smartusaha.com

Kategori : Perniagaan Internet

Ulasan : Blog ini mengandungi info-info menarik berkenaan cara-cara untuk bermula asas di dalam perniagaan internet. Tulisan bergaya santai, menarik ramai pembaca.


Ayat ulasan boleh dikreatifkan agar tampak lebih menarik. Letak kategori yang dirasakan sesuai , Sydinar akan sunting kelak jika tidak sesuai . Panjang ulasan tidak lebih 25 patah perkataan.

Syarat-syarat
  1. Anda tidak boleh mencalonkan diri sendiri.
  2. Segala pencalonan dan ulasan adalah tertakluk kepada penilaian terakhir kami.
  3. Kami berhak menolak sebarang pencalonan tanpa sebab.
  4. Kami berhak untuk menyunting mahupun menolak sebarang ulasan yang dirasakan tidak sesuai.
  5. Kami juga berhak menolak blog berisi maklumat yang menyalahi undang-undang.
  6. Segala info yang terkandung di dalam buku tersebut kelak adalah hakcipta terpelihara Sydinar.

Tarikh akhir pencalonan : Bila-bila masa , jika saya telah berjaya mengumpul jumlah blog yang mencukupi untuk dibukukan. Jika menggalakkan, kemungkinan tarikhnya lebih awal. Jika sebaliknya, saya akan menangguhkan lagi.

Oleh itu sila bertindak cepat. Mulakan mencalon menggunakan ruang komen di bawah sekarang!

1 Comments:

Blogger nadia said...

Saya ingin mencadangkan blog saya syokkahwin, informasi mengenai perkahwinan, gossips dan juga mengajak mereka yang gemarkan gossip untuk memajukan diri dengan tips-tips yang berguna

12:54 AM  

Post a Comment

<< Home