Tuesday

Sumber Idea 11 : Harta Intelektual

Royalti / Pelesenan Hak Cipta / Paten sebagai Sumber Pendapatan. Idea anda juga boleh anda daftarkann untuk mendapatkan copy right/trademark. Seorang kartunis melakarkan satu watak kartun disertai tagline khusus untuk mengungkapkan kartun tersebut untuk mendapatkan hak cipta. Hak Cipta ini boleh mendatangkan royalty dalam bentuk wang yang boleh anda nikmati ketika orang lain menggunakan idea anda. Anda juga boleh menjual hak cipta ini (baik sebahagian ataupun seluruhnya) kepada perniagaan lain atau orang lain dan seterusnya mendapatkan keuntungan.

Jangan persiakan idea anda anda. Di Malaysia seorang kartunis tempatan yang popular dengan watak kartun beridentiti pemuda Negeri Sembilan dan amat popular pada suatu ketika dahulu, hilang haknya atas kerana kesilapan orang lain yang mendapatkan hakcipta tersebut . Adalah dianggarkan kerugian beliau tersebut mencecah ratusan ribu ringgit!

Di negara barat…tidak perlu saya ceritakan….betapa lumayannya teknik perniagaan berdasarkan konsep sebegini….

Tom Peters, Alvin Toffler, Ken Blanchard, Maxwell adalah beberapa pengusaha yang mencetuskan idea perniagaan mereka dalam buku-buku yang mereka terbitkan. Demikian juga dengan pengarang novel ternama, seperti Stephen King, Agatha Christie yang mencetuskan idea-ideanya dalam novel yang kemudian diterbitkan. Dari buku-buku ini, seorang pengarang bukan sahaja mendapatkan pendapatan lumayan, jika buku-buku ini laris malahan mendapat royalti tambahan jika idea mereka ini difilemkan atau dijadikan siri TV atau VCD.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home