Thursday

Sumber Idea 5: Selalulah Membaca

Salah satu tempat yang wajib saya singgah ketika pergi ke KLCC ialah Kinokuniya Bookstore. Daya penarik utama kedai buku itu tentulah sebab ianya membenarkan pengunjung meninjau-ninjau buku dan membaca buku tersebut sebelum membelinya. Selain daripada itu kerapkali juga terserempak ramai selebriti terkenal di situ. Yang paling kerap saya terjumpa ialah Sasterawan Negara A.Samad Said, dan selaian itu juga saya pernah terjumpa tokoh seperti mantan PM kita Tun Dr Mahathir malahan golongan diraja seperti Raja Muda Perak , Raja Nazrin Shah di situ. Artis pula seperti Erra Fazira, Yusry dan dua tiga orang artis lain yang saya sendiri tak ingat namanya.

Lihatlah, tidak kira siapa sahaja , mereka minat membaca. Saya pasti mereka membaca untuk menambahkan ilmu-ilmu di dalam profession masing-masing. Sebagai contoh ketika saya terserempak Yusry KRU di Kinokuniya beberapa tahun dahulu, beliau sedang sibuk membelek-belek buku berkaitan komputer grafik. Tidak hairanlah beliau menjadi pengarah filem sains fiksyen Malaysia "Cicak Man". Saya kemudiannya ada terbaca di akhbar, Yusry mengatakan beliau belajar sendiri sahaja berkaitan teknik CGI untuk membuat filem tersebut. Patutlah…

Ringkasnya, banyak idea-idea baru yang diketahui oleh orang ramai melalui bacaan. Banyak teknologi baru biasanya disiarkan di suratkhabar atau di majalah. Jadi sebagai bakal usahawan, anda mestilah cepat menangkap informasi-informasi ini dan bertindak segera sebelum diketahui orang lain. Peluang-peluang perniagaan banyak terdapat di suratkhabar namun ramai orang tidak dapat mengenal pastinya sama ada ianya peluang perniagaan. Seseorang yang mempunyai sifat-sifat usahawan dapat mengetahui yang mana peluang perniagaan dan yang mana bukan. Akhbar dan majalah selalu mengeluarkan iklan mencari pengedar, mencari rakan kongsi, menjual perniagaan dan sebagainya. Bacaan-bacaan harian dapat membawa anda kepada peredaran pasaran, pembangunan negara dan mengetahui teknologi-teknologi yang baru di pasaran.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home