Thursday

Sumber Idea 9: Sumber Tempatan dan Penemuan Teknologi Baru

Sumber Idea 9: Sumber Tempatan dan Penemuan Teknologi Baru


Sebenarnya terdapat banyak sumber tempatan yang masih belum diterokai dan dimajukan yang berpotensi besar sebagai peluang perniagaan. Penemuan-penemuan teknologi baru dapat memajukan sumber-sumber tersebut dan memberi peluang kepada usahawan menjadikannya satu perusahaan. Sebagai contoh, industri herba yang bersifat tradisional kini telah mula mendapat tempat sebagai industri bersifat skala besar di mana banyak herba tradisional kita seperti tongkat Ali dapat diolah dalam pelbagai bentuk seperti air tin yang seterusnya kini menjadi minuman orang ramai yang sebelum ini tidak pernah meminumnya.

Dan seperti yang telah saya bincangkan masa lalu Malaysia kini disegani di dalam penghasilan ikan diskus (sejenis ikan peliharaan akuarium) di mana pemelihara ikan tersebut di seluruh dunia amat berbangga jika memiliki ikan diskus yang dibeli daripada Malaysia Persoalannya, bolehkah anda cari lagi sumber-sumber tempatan yang dikehendaki dunia untuk diekspot?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home