Tuesday

Sumber Idea Bisnes 1 : Kehendak Manusia Tidak Pernah Puas!

Ada orang suka bertukar-tukar handphone, ada orang suka bertukar-tukar kereta, ada orang suka bertukar-tukar pasangan…oppss..(maafkan saya, tapi hakikatnya memang wujud orang yang suka bertukar isteri atau suami)

Oklah, pendekata hakikatnya manusia ini tidak pernah puas.

Manusia sentiasa memerlukan sesuatu untuk memenuhi kehendaknya. Asasnya manusia perlu makan dan minum, perlukan keselamatan, perlukan kesenangan dan kemewahan serta keselamatan. Selagi seseorang itu hidup, keperluan-keperluan ini sentiasa berterusan tanpa berhenti. Dengan adanya keperluan-keperluan asas semulajadi manusia, usahawan berusaha memenuhi keperluan mereka dan membuat pelbagai produk seperti radio, televisyen dan telefon. Ini adalah kehendak asas.

Selepas ada hanphone biasa, mereka hendak yang ada kamera pula, TV hendak siaran ASTRO pula dan seterusnya…

Mengapa tidak anda 'eksploitkan' kelemahan manusia ini ?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home