Tuesday

Sumber Idea Bisnes 10 : Idea

Pasangan suami isteri, Dewitt dan Lila Wallace bekerjasama sebelum berhasil membangunkan perniagaan penerbitan majalah inspirasi bulanan Reader's Digest. Ketika baru pulang dari tugas negara pada Perang Dunia II, Dewitt mendiskusikan idea untuk memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk membangun kembali kepercayaan diri mereka dan terjumpa idea-idea yang dapat diterapkan untuk mendapatkan perolehan. Dari hasil diskusi dengan isterinya Lila, Dewitt akhirnya mendapatkan idea perniagaan yang cemerlang. Idea ini berjaya memberi inspirasi dan faedah bagi ramai orang di seluruh dunia.

Pada zaman ICT ini kebanyakkan perniagaan adalah berkaitan dengan IDEA. Gunakan idea untuk berfikir setiap masa, tumpukan fikiran terhadap perniagaan, cuba olahkan apa yang dilihat, supaya ia dijadikan produk perniagaan. Berfikir selalu. Gunakan idea sebagai ilham yang boleh menimbulkan keuntungan. Pendekata kebolehan imaginasi untuk menimbulkan perkara atau produk baru di pasaran. Jika kebolehan berfikir kurang, berkumpullah beramai-ramai dan adakan brainstorming. Perbincangan begini selalu berhasil mengeluarkan idea baru.

Pada zaman ICT ini maklumat yang bersifat memberi pengetahuan khusus sangat popular dan sentiasa diperlukan oleh orang ramai untuk meningkat diri masing-masing agar mereka dapat bersaing di dalam dunia yang semakin kompetitif. Perkara ini akan di bincangkan dengan lebih lanjut pada bab seterusnya di bawah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home