Tuesday

Sumber Idea Bisnes 2: Masalah Adalah Peluang Perniagaan!

Anda nampak masalah ? Bagus….itu tandanya ada peluang buat duit!

Mengubah msalah menjadi satu peluang adalah cara klasik bagaimana usahawan tradsional mencari peluang perniagaan. Namun ianya tetap efektif dan sentiasa tepat sejak zaman berzaman.

Selagi nama manusia , selagi itulah ada masalah.Pelbagai aktiviti-aktiviti manusia selalunya berdepan dengan masalah. Baik urusan di rumah, di pejabat dan lain-lain perkara berkenaan dengan kehidupan manusia selalunya berdepan dengan masalah. Walaupun masa kini zaman sains dan teknologi moden, manusia masih mempunyai masalah, tidak ada perkara yang tidak mempunyai masalah.

Dengan masalah-masalah ini, mengapa tidak anda cari jalan dan tawarkan jalanpenyelsaiannya penyelesaiannya ? Ini adalah satu-satunya peluang perniagaan yang nyata.

Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang perniagaan, gunakan idea untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada, dan fikirkan cara perniagaan yang bersesuaian sebagai penyelesaian masalah. Kebanyakan daripada perniagaan yang ada masa kini berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia dulu kala.

Dan yang baiknya ialah…setiap penyelesaian sesuatu masalah , lama kelamaan akan melahirkan satu masalah lain pula !

Namun jangan pula mengaut keuntungan berlebihan daripada masalah orang, itu menaguk di air yang keruh!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home