Tuesday

Sumber Idea Bisnes 3: Meneliti Perubahan Permintaan Pasaran

Cara ini adalah agak berisiko, bersifat spekulasi tetapi akan dapat untung besar jika kena caranya.

Kehendak dan keperluan pasaran berubah-ubah setiap masa. Nilai dan kuantiti import dan eksport sesuatu produk atau servis yang meningkat setiap masa menggambarkan ada potensi pasaran tempatan dan antarabangsa. Begitu juga dengan dasar-dasar industri penggantian import dan galakan eksport boleh dilihat sebagai peluang perniagaan yang menguntungkan.

Sebagai contoh, Tahukah anda Malaysia kini disegani di dalam penghasilan ikan diskus (sejenis ikan peliharaan akuarium)? Pemelihara ikan tersebut di seluruh dunia amat berbangga jika memiliki ikan diskus yang dibeli daripada Malaysia. Buah manggis mendapat tempat dengan harga mahal di Jepun. Permintaan pengguna ke atas barangan terus dari ladang, mewujudkan pasar tani dan pasar-pasar malam di beberapa tempat di Malaysia. Anda mestilah cekap meneliti permintaan pasaran yang baru jika mahu mendapat peluang perniagaan.

Permintaan sentiasa berubah-ubah. Rajin baca suratkhabar, tengok TV, layari internet.
Semasa berniaga di Masjid India, saya teringat seorang rakan saya yang memborong awal-awal T-shirt Spiderman (tak ori) yang ditempah daripada kedai borong di Petaling Street dan seterusnya menjual T-Shirt tersebut dengan laris apabila filem Spiderman ditayangkan . Beliau untung besar akibat bijak membaca permintaan yang bakal muncul sebaik sahaja filem Spiderman di tayangkan pada umum.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home