Tuesday

Sumber Idea Bisnes 4: Pergaulan Sosial Harian

Sebelum wujudnya kiosk di bawah bazaar canggih berbumbung di jalan Masjid India , komuniti peniaga tersebut mengalami satu masalah yang sama setelah tiba dipenghujung hari berniaga.

Mereka tidak mempunyai ruang stor untuk menyimpan barang-barang perniagaan (kini kiosk mereka berniaga boleh digunakan sebagai tempat menyimpan barang)

Namun sebelum kiosk tersebut tiada (sebelum 2003), mereka terpaksa mengendong barangan pulang dengan kotak dan beg yang amat besar setiap hari. Ini amatlah menyusahkan. Kepada yang mempunyai kereta tidaklah bermasalah sangat, tetapi rata-rata mereka menggunakan pengangkutan awam.

Kemudian salah pekedai Wisma Yakin yang selalu bergaul denga komuniti peniaga jalanan telah menawarkan ruang stor terpakai di belakang kedai untuk menyimpan barangan penjaja di situ . Setiap seorang penjaja membayar kira-kira RM30 sahaja sebulan (kira RM1 sehari) untuk menyimpan barang mereka di dalam stor usang tersebut. Tup…tup..tup…! Tanpa semena-mena sahabat ini untung bersih daripada stor bersaiz sekangkang kera yang usang gelap tak berlampu menjadi 'cash cow' pendapatan hampir RM1000 sebulan (kiraan kasar saya)!

Moralnya : Perhubungan sosial harian anda dapat memberi peluang perniagaan kepada anda. Dengan cara mengumpulkan informasi-informasi yang diberi, mungkin ia dapat diolah kepada satu perniagaan dan kadangkala tawaran terus kepada anda sebagai peluang perniagaan. Misalnya jika anda bergaul dengan sekumpulan pelajar, sedikit sebanyak informasi-informasi yang anda bincangkan bersama dapat mencetuskan idea perniagaan, di mana anda mungkin boleh menawarkan khidmat menaip assignment. Lihat apa yang diusahakan oleh rakan-rakan anda. Dengar apa yang dicakapkan oleh orang-orang di sekeliling anda, proseskan, informasi ini sebagai sumber perniagaan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home