Tuesday

Sumber Idea Bisnes 6: Eksploitasikan Kemahiran Anda

Kemahiran anda boleh menjadi punca perniagaan, di mana kemahiran ini boleh dijual sebagai servis atau kemahiran ini boleh mencipta jadikan produk baru untuk dijual. Contohnya, ahli senireka yang membuat produk seni yang dijualkan di pasaran dan pelukis-pelukis yang menjual lukisannya. Seseorang yang pakar dalam bidang masakan sesuai untuknya berniaga sebagai pengusaha katering. Jika anda mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang khusus, anda boleh menjual pengetahuan anda secara berceramah, seminar dan lain-lain kursus.

Banyak lagi kemahiran yang boleh digunakan sebagai peluang perniagaan walaupun pada asalnya kemahiran tersebut nampak seperti tidak bernilai kepada pemiliknya.Sebagai contoh, saya kenal seorang Wak tukang urut warga Indonesia di Selayang yang mendapat pendapatan agak lumayan hasil kemahiran mengurut . Saya tidaklah kaki urut, tetapi seorang sahabat saya yang memang 'candu' kena urut ini, mengatakan mengurut ni…boleh jadikan seseorang 'ketagih'.

Saya tidak tahulah apa maksudnya 'ketagih' tu samada negatif atau tidak….tetapi maksud beliau
ialah. Beliau rasa macam 'tak sedap badan' dan 'lesu' jika badan beliau tidak diurut sekurang-kurang 2 minggu sekali.

Oklah kita tinggalkan kisah rakan saya itu…apa yang hendak saya tekankan ialah kemahiran mengurut Wak itu membuatkan beliau hidup dengan agak lumayan dengan kerja yang saya rasa tidak sesukar mereka yang tidak tahu kemahiran tersebut. Rumah beliau, adalah rumah batu..dengan mempunyai ruang bilik khas untuk pelanggan yang datang. Seorang pelanggan selama sejam , dikenakan caj sekitar RM25 hingga RM50 , mengikut tahap masalah yang dialami pelanggan. Cuba anda anggarkan berapa pendapat beliau memandangkan sekurang-kurangnya terdapat 4 orang sehari pelanggan yang datang ke rumahnya!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home