Tuesday

Sumber Idea Bisnes 7 : Corak Perkembangan Ekonomi Negara

Corak ekonomi dunia dan negara berubah setiap masa menyebabkan wujudnya projek-projek pembangunan. Anda perlu mengenal pasti di mana projek-projek ini dan bagaimana anda boleh mencebur diri dalam pembangunan tersebut. Misalnya apabila ada rancangan pembangunan sesebuah kawasan, tuan punya tanah menaikkan harga tanahnya, dan peniaga-peniaga lain berebut-berebut membeli tanah di Putrajaya. Sehubungan dengan rancangan ini, banyak projek-projek perniagaan tumbuh sebagai mengambil langkah merebut peluang perniagaan di situ.

Pendekata jika ada pembangunan dan projek baru, akan ada juga peluang pembangunan yang baru. Peningkatan pendapatan juga dapat meninggikan kuasa membeli dan kemampuan pengguna. Ini membuka peluang dalam pelbagai bidang perniagaan yang sesuai dengan taraf pendapatan masyarakat setempat. Contohnya, kesan daripada peningkatan pendapatan, permintaan ke atas kereta akan meningkat. Ini akan membuka banyak peluang perniagaan yang berkaitan seperti perniagaan alat-ganti, aksesori, tayar dan bateri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home