Tuesday

Sumber Idea Bisnes 8: Analisa dan Kembangkan Produk Sedia Ada

Produk dan servis-servis yang ada masa kini merupakan daya cipta, dan olahan usahawan dahulu supaya bersesuaian dengan situasi masa kini. Oleh kerana aktiviti penghidupan manusia sentiasa berubah, produk yang ada masa kini juga perlu diubah dan dianalisis. Pengolahan produk sedia ada dengan rekaan baru menjadikan produk tampak baru dan akan mendapat perhatian pengguna dan akan memberi peluang perniagaan kepada sesiapa yang mengolah atau menciptanya.

Jennifer Basye Sander mengasaskan firma penerbitan berkonsep "Yellow Pages" (direktori) yang khusus kepada golongan wanita di kota tempat ia tinggal. Ternyata buku ini akhirnya menjadi laris. Informasi dalam buku ini sentiasa diperbaharui agar selalu up-to-date. Dari mana idea ini berasal? Ternyata idea ini dijumpai oleh Jennifer, penulis buku "Niche and Grow Rich", dari kota lain yang sempat ia kunjungi yang juga memiliki Direktori serupa yang ternyata laris di kota tadi. Beliau lalu membawa idea perniagaan ini (idea orang lain yang telah berjaya diterapkan di satu kota) untuk diterapkan di kota tempat ia tinggal. Ternyata idea inipun mendapat sambutan yang luar biasa yang memberikan perolehan yang lumayan kepada Jennifer Basye Sander.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home