Friday

Tips Mengikat Hubungan : Email Marketing (Siri 1)

Maafkan saya jika tajuk siri ini agak provokatif…namun anda perlu baca dahulu untuk mengetahui sebabnya…

Sewaktu seorang pengguna mengunjungi halaman web anda, beliau akan melihat sepintas lalu selama 8-15 saat. Dan jika halaman web anda menarik perhatiannya dengan mempunyai info yang memenuhi keperluan mereka, maka mereka akan meluangkan masa pula selama kira-kira 3 hingga 5 minit…singkat, bukan? Pastinya tidak cukup masa untuk meraih kepercayaan seseorang apatah lagi menjual sesuatu kepadanya.

Bagaimana jika beliau sibuk atau bertangguh untuk melakukan sebarang pembelian ketika itu ? Apa yang akan beliau lakukan? Beliau dengan mudah klik mouse ke halaman web lain,dan anda terus kehilangan prospek. Hanya dengan hubungan yang berterusan dengan mereka, maka anda akan mendapatkan kepercayaan dari mereka. Memberikan informasi yang baik kepada mereka akan membuat mereka melihat anda sebagai seorang pakar pada subjek tersebut dan boleh dipercaya. Setelah mereka mempercayai anda maka mereka akan senang untuk membeli produk yang anda syorkan .

Dan jika anda sentiasa memberikan informasi yang bermutu kepada mereka dan membuatkan mereka seperti sudah menjadi pelanggan anda, maka mereka akan kembali membeli produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.

Oleh itu bagaimana anda akan melakukan follow-up jika alamat email pengunjung anda tidak dapat ? Secara asasnya ialah anda mesti mendapat butiran-butiran paling asas mereka iaitu email mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home