Friday

Tips Mengikat Hubungan : Email Marketing (Siri 2)

Senarai pelanggan yang membuat pilihan untuk memberi email mereka kepada anda dan seterusnya bersetuju menerima sebarang informasi dariapda anda pada masa akan datang digelar sebagai option in list atau ringkasnya OPT-IN LIST. Mereka ini membuat pilihan (opsyen) untuk memberikan email kepada anda agar anda boleh berhubung dengan mereka. Oleh itu bagaimanakah caranya anda ‘menangkap’ email prospek anda dan seterusnya membina senarai pelanggan anda atau opt-in list ?

Untuk itu, anda MESTILAH mengumpan pengunjung halaman web anda dengan sebuah hadiah percuma/ freebie. Anda menawarkan hadiah percuma ini agar anda boleh menarik pengunjung mendaftarkan alamat emailnya. Alamat-alamat email yang berjaya anda tangkap inilah yang merupakan safelist atau opt-in list anda dan secara berkala (jangan selalu sangat) anda boleh memposting email promosi atau penawaran pada mereka. Secara mekaniknya untuk tujuan ini anda memerlukan perkhidmatan autoresponder. Perkhidmatan ini banyak ditawarkan secara percuma ataupun berbayar di internet.

Autoresponder merupakan aplikasi tambahan yang akan menguruskan mesej-mesej email follow-up secara automatik kepada pelawat yang telah bersetuju untuk menyertai mailing list anda. Mailing list atau senarai pelanggan anda mungkin terdiri daripada prospek yang masih menangguh untuk membeli daripada anda ataupun pelanggan lepas. Autoresponder bertindak melakukan promosi lanjutan, memaklumkan promosi atau produk terkini dan sebagainya. Mesej tersebut akan dihantar secara automatik kepada kesemua mailing list anda mengikut kadar masa yang telah ditetapkan. Kaedah termudah untuk mendapatkan aplikasi ini adalah dengan melanggan daripada pihak ketiga yang menyediakan khidmat autoresponder.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home