Tuesday

Untuk berjaya kita MESTILAH melakukan sesuatu kerja di dalam keadaan sentiasa bersemangat. Jika anda lakukan kerja di dalam keadaaan bersemangat, minda dan rohani anda bersatu fokus dan diterjemahkan dalam bentuk fizikal iaitu perbuatan anda. Kesannya , secara fizikalnya anda boleh melakukan kerja dalam keadaan yang lebih pantas, efektif dan bijaksana.

  • Tetapi bagaimanakah anda membuatkan diri agar sentiasa bersemangat? Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda gunakan ;

  • Bersikap positif pada setiap masa
  • Masukkan minda nada dengan idea-idea yang kreatif seperti
    membaca, berfikir, memerhati atau berbincang.
  • Cari tugasan-tugasan yang mencabar atau perkara-perkara
    yang memerlukan sumber yang lebih daripada biasa
  • Jangan biarkan diri berasa bosan
  • Sentiasa berfikir yang terbaik ke hadapan
  • Bercampur gaul dengan orang-orang yang bersemangat
  • Dapatkan hobi yang menarik
  • Bina fizikal , mental dan emosi yang sihat
  • Bersikap ceria dan gembira
  • Jangan memikirkan masalah keterlaluan
  • Tahu bagaimana dan bila untuk relaks

0 Comments:

Post a Comment

<< Home